suratan hati yang tersirat

Wajahmu Muncul Pada Maya Lihatku Ketika Tersentak Firasat Ingatanku Hanya Padamu, Maka Terkedu Nada Pada Irama Rinduku

Monday, September 22, 2008

SALAM LEBARAN SYAWAL 1429



Salam Lebaran Aidil fitri

Tinggal beberapa hari lagi Ramadhan akan meninggalkan kita, bagaimanapun Syawal akan menjelang tiba meraikan kemenangan dalam menghadapi ujian diri dan daya ketahahan jasmani dan rohani sepanjang Ramadhan ini.

Semakin sibuk segala aktiviti menjelang Syawal ini, berbagai perancangan perlu dilakukan dari persediaan untuk hari lebaran, kesibukan merancang hari-hari cuti hari lebaran, apa yang perlu didahului dan apa yang perlu diutamakan.

28, 29 & 30 SEPTEMBER 2008

3 hari sebelum lebaran, aku perlu bertugas di Bukit Tinggi Klang. Perancangan yang munasabah bersesuaian dengan kesuntukan masa dan situasi yang tak dapat dielakkan berdasarkan polisi syarikat terpaksa dipatuhi dengan hati yang berat. Cuma lima hari cuti sahaja dibenarkan tak kira dicampur dengan hujung minggu, cuti umum atau cuti tahunan. Keesokkannya terus beraya di rumah kakak di Sijangkang bersama Umi tercinta, serta anak-anak buah dan ahli keluarga yang lain

1 OCTOBER 2008

Aidil Fitri bersama keluarga, sembahyang sunat Aidil Fitri, makan ketupat pulut utara bersama rendang daging (perghhhhhhhhhhhh miss it so much), kuih muih yang Lain serta menu utama setiap tahun nasi tomata bersama ayam masak merah, daging masak kicap lada hitam, kacang panjang goreng dan ayam goreng berempah!!! lewat petang, akan balik semula ke Cheras bersama my brother!

2 OCTOBER 2008

Beraya keseorangan di pangsapuri bertemankan sunyi, TV dan kuih muih yang dibawa balik dari rumah kakak. Yang pasti ketupat pulut tetap bawa balik...kena menjamah terus sebelum basi. Menanti penuh debar hari raya ketiga.......... kerana...

3 & 4 OCTOBER 2008

Berangkat pulang ke Kedah Darulaman setelah hampir 3 tahun tidak pulang ke kampung halaman sejak Umi tercinta tinggal bersama kakak di Sijangkang. Tumpang rakan tempat kerja yang kampung halamannya adalah pekan Gurun. terpaksa turun di Gurun dan tunggu Baby untuk meneruskan perjalanan pulang ke bandaraya Alor Star. Tapi kepulangan ini yang pasti cuma 2 tujuan utama; menemui Baby tersayang yang dirindui sekian lama serta melawat makcik-makcik yang telah lama tidak diziarahi serta sepupu-sepupu yang entah apa khabar mereka semua. Perancangan sudah dibuat bersama Baby untuk melaksanakan semua seperti yang dirancang, tetapi ALLAH SWT juga yang menentukan semuanya, kita hanya mampu merancang.

5 OCTOBER 2008

berangkat pulang di pagi ahad ini pada hari raya ke lima juga menumpang rakan chatter yang menunggu di Kepala Batas, Pulau Pinang pada sebelah pagi sebelum jam 11 pagi seperti yang dirancangkan. perlu bergerak awal untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas yang dijangka akan berlaku kerana ramai yang akan mula berkerja semula pada keesokkan harinya.

itulah perancangan awal seperti yang dirancangkan, seperti yang dimaklumkan tadi, semua tadi hanya sekadar perancangan untuk memudahkan aktiviti pada lebaran ini, tetapi semua masih tertakluk pada perubahan semasa dan ketentuan ALLAH SWT

SALAM AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN

Tuesday, September 9, 2008

SUTUN KEMBALI LAGI


Untuk semua peminat Sutun Kembali Lagi,
jangan lupa menonton siri komedi ini akan ke udara mulai 11 Septmeber 2008, pada jam 7.30 malam hanya di saluran 9

skrip Sutun kembali Lagi the series ini ditulis oleh housemate saya. Sama-smaalah kita memberi memberi sokongan dengan terus menonton rancangan menarik ini.

SYNOPSIS:

Drama komedi yang akan disiarkan pada hari Isnin hingga Khamis, jam 7.30 malam ini mengisahkan bagaimana Adek, seorang lelaki lembut yang selalu disalahertikan akhirnya berjaya membangunkan kampungnya serta mengharumkan daerah Muar dengan kesungguhannya menyeru seruan kerajaan agar kaum Bumiputera terlibat dalam sektor industri berasaskan tani. Untuk mengetahui kesudahan Sutun Kembali Lagi, pastikan anda saksinya setiap Isnin hingga Khamis jam 7.30 malam menerusi slot Mahsuri.
Watak Fitri lakonan Isma Yusoof tidak lagi macam dulu. Masih dengan watak remaja Kelantan, Isma rasanya tidak punya masalah dari segi menghafal dialog kerana Isma sendiri adalah Kelantanese…
Kalau dulu, Fitri tidak pandai bergaul dengan orang, tak bercakap, pendiam, suka menyendiri, pendek kata… kalau musim Sutun 1 dan 2, Fitri ni punya watak lelaki lembut yang tidak dapat menerima hakikat diri sendiri, tetapi untuk Sutun The Series, watak Fitri telah dikembangkan menjadi lebih yakin dan dapat menerima hakikat dirinya sebagai lelaki lembut. Malah, Fitri banyak memberi nasihat kepada Adek. Namun, yang menjadi konfliknya ialah Fitri terpaksa coverline dengan ibu bapanya yang alim dan very the Islamik one.
90% pengambaran drama 26 episod ini telah dibuat di Muar dan selebihnya di Kuala Lumpur pada bulan Julai 2008. Menurut Isma Yusoof, dalam drama bersiri ini, Isma pertama kali digandingkan dengan seorang pelakon yang begitu dikaguminya, Bell Ngasri. Salah satu filem Bell Ngasri yang seronok ditonton hingga kini ialah Kaki Bakar. Tidak syak lagi dari situ, Isma begitu berinspirasi dengan lakonan Bell Ngasri.
Bell Ngasri pegang watak antagonis yang buat kacau bernama Shamsul. Kira dia ni samseng la. Dia ni anti dengan budak-budak lembut. Tapi jahat-jahat dia, ada la buat lawak. Kelakar giler!
Pelakon utama drama ini iaitu Ku Mohd Yusri Pak Leh juga tampak matang dalam drama ini. Berusia 24 tahun, Ku Yusri kini sedang mengajar di Akademi Seni Kebangsaan dan dalam pada masa yang sama menuntut di Universiti Malaysa dalam Master Seni Persembahan.
Selain Ku Yusri dan Isma Yusoof, drama terbitan Radiusone Sdn Bhd ini dilakonkan oleh Megat Shahrizal, Wan Sharmila, Riz Amin dan dibantu oleh Kazaa, Aishah Atan, Ngasrizal Ngasri dan Ku Fridah


segala komen dan pendapat anda mengenai siri Sutun Kembali Lagi boleh disalurkan di blog ini

terima kasih kerana menonton.

Enjoy the show!