suratan hati yang tersirat

Wajahmu Muncul Pada Maya Lihatku Ketika Tersentak Firasat Ingatanku Hanya Padamu, Maka Terkedu Nada Pada Irama Rinduku

Friday, October 24, 2008

RUMAH TERBUKA ASROJ AKLIMASTRA





Tanggal 19 October, Rumah terbuka telah diadakan dengan jayakan. Penat gak menyediakan segala juadah seperti yang dirancangkan.

Spaghetti daging kisar campur dengan cendawan butang, tuna sandwich dan sambal ikan bilis. Ditambah dengan tempahan lemang, ketupat pulut daun palas dimakan bersama kuah kacang, rendang daging, disudahi dengan berbagai juadah kuih tradisional dan moden termasuk kek coklat serta buah tembikai yang diukir indah untuk santapan para tetamu

yang menggembirakan bermula jam 1.00 tengahari, tetamu yang diundang mula menghadirkan diri, tidak putus-putus sehingga berakhirnya kurang lebih jam 10.00 malam.

penatnya tuhan sahaja yang mengetahui, tetapi di atas niat untuk meraikan Syawal yang mulia besertakan hasrat untuk menjamu para rakan taulan, segala kepenatan hilang tanpa disedari dengan kehadiran mereka. Betapa puas hati ini melihat telatah anak-anak kecik, para rakan lama dna baru mejamu selera dengan penuh nikmat dan rata-rata berpuas hati dengan semua juadah yang dihidangkan. Sehingga ada walaupun malu, mahukan sedikit juadah terhidang dibungkus untuk dibawa balik. hehehehee

Rumah terbuka ini juga dihadiri oleh Umi tersayang hadir bersama kakak kedua, suaminya serta anak buah yang montel, si Aziq. Kehadiran Umi memang kemuncak kepada kemeriahan majlis ini, dan mendapat pengesahan yang memberi A+ kepada masakan yang disediakan... bak kata orang tidak ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi.. heheheheee

tidak putus-putus tetamu dijemput menghadirikan diri, yang berkeluarga, yang bujang bersama rakan kerja yang lain, yang single bersama rakan mereka atau kekasih hati, pengantin baru, para pekerja dan jiran tetangga.

Puas........ gembira........... terhibur...........dan alhamdulillah semua berjalan lancar dan suasana hari raya disambut dengan penuh kesyukuran.. AMIN

Wednesday, October 1, 2008

EID MUBARAK '08


Menjelang sudah Syawal tahun ini, sempurna sudah puasa sebulan Ramadhan. Meraikan ketibaan Syawal bersama keluarga tercinta di Labohan Dagang, Banting, rumah kakak sulung bersama anak-anak buah tersayang, kakak kedua, adik lelaki serta bonda tercinta.

Malangnya, Walid berada di Alor Star kedah bersama adik bongsu berserta isterinya dan anak-anaknya. Malahan, belum berkesempatan menjenguk anak buah terbaruku yang baru lahir di sana.

Sedap sekali juadah Aidil Fitri, menjamu selera ketupat pulut daun palas bersama rendang daging, pulut dakap berintikan pisang dan berbagai kuih muih yang dihasilkan oleh uni tercinta dan kakak-kakakku. Kemaafan dipohon sesama keluarga, wang dihulur tanda kesyukuran dan kemeriahan diraikan bila keluarga bersatu.

Salam Lebaran, Maaf zahir batin