suratan hati yang tersirat

Wajahmu Muncul Pada Maya Lihatku Ketika Tersentak Firasat Ingatanku Hanya Padamu, Maka Terkedu Nada Pada Irama Rinduku

Saturday, June 21, 2008

SEGALANYA INDAH ATAS NAMA CINTA


Memang indah cinta itu
TETAPI betapa payahnya untuk mengekalkan keindahannya

Memang indah kasih sayang yang dpersembahkan
TETAPI betapa sukarnya untuk memastikan kasih itu terus bertaut kukuh

Memang indah tali ikatan yang terjalin
TETAPI sesaknya nafas untuk memastikan jalinan ikatan terus utuh

Gengaman perasaan terus dieratkan
Sentuhan kasih terus disemarakkan
Peradaban hubungan terus dipamirkan
Serta kehangatan cinta terus dinyalakan pada setiap detik nada pernafasan

Apa lagi harus dinyatakan
Apa lagi harus dibuktikan
Apa lagi harus diyakinkan
Apa lagi harus ditunjukkan
Apa lagi harus diberikan

Demi untuk kasih kukuh bertaut, dilempar jauh segala prasangka
Demi jalinan hubungan terikat erat, torehan berdarah diam dikurung
Demi agar tiada perpisahan terjadi, segala rajok hati dipendam dalam

Apa lagi harus dilakukan
Apa lagi perlu dilakukan
Apa lagi..................................

Friday, June 20, 2008

BOTAK, ........ SATU GAYA ATAU TERPAKSA



botak, satu gaya atau terpaksa bukan satu isu tetapi memandangkan macam-macam telahan serta pandangan mengenainya, saya terpanggil untuk membicarakannya.

Tetapi bagi saya sebagai lelaki botak, saya melihat perkara mengenai botak ini berpegang kepada pengalaman atau rentetan kehidupan yang dilalui dari muda sehingga sekarang iaitu pada usia 40 tahun. pada usia belasan tahun saya mempunyai rambut yang lebat mengikut baka sebelah Umi saya. Kekadang terfikir, akan botak ke kepala aku ni memandangkan betapa lebat rambut saya waktu itu. dah berbagai fesyen dan gaya rambut telah dicuba mengikut trend zaman 80an.

Tetapi terfikir juga bila tengok Walid yang semakin berusia mula kehilangan rambut pada bahagian atas dahi dan tengah kepala. Aku akan jadi macam Walid ke? tetapi sebagai manusia yang tak pernah puas, tetapi menafikan hakikat berdasarkan kelebatan rambut saya pada masa tu.

Tahun silih berganti, dari alam persekolahan menengah 80an kepada kehidupan kolej awal 90an, rambut ini masih kekal megah lebat, hitam dan kukuh di atas kepala saya. Trend dan gaya rambut silih berganti mengikut keadaan dan idol-idol pada zaman itu. Masa ini tipikal teori mengenai rambut cepat gugur mula bermain di cuping telinga. Kan masa di kolej, disebabkan ongkos kurang dan payah nak keluar dari hostel, MAGGI MEE menjadi makanan wajib. Maka wujudlah kelangsungan kepada teori ini berdasarkan kepada kegemaran budak-budak U yang suka makan maggi mee. Sesekali takut juga difikirkan akan bencana keguguran rambut akibat kekerapan makan maggi mee masa di kolej dulu. Tapi apa kan daya, masa dan keadaan yang tak dapat dielakkan............ maggi pun maggi lah..nak buat mcmana, asalkan perut terisi..... itu aja yang mampu sebagai pelajar U!

zaman kerja bermula mulalah stail rambut lebih bebas dan beryakinan. Mulalah mengikut trend terkini, kekadang tanya pendapat orang terdekat atau tersayang, apa yang sesuai dengan bentuk muka, dengan kerjaya dan sebagainya. Malahan saya mula meminati dan teringin berambut panjang kerana seumur hidup, saya tak pernah berambut panjang. Oleh itu bermulalah era menyimpan rmabut panjang pada lewat 90an sehingga awal 2000. Tetapi ada jugalah kekadang tu berambut pendek bila rasa rimas atau tak selesa.

Oh ya, lupa nak beritahu, rambut saya jenis lurus tetapi bila panjang dia jadi ikal atau wavy. Masalah utama saya rambut saya ni jenis berminyak dan cepat berkelemumur. Bila rambut panjang memanglah tak sedar jika keguguran melampau telah berlaku sehinggalah Umi tegur rambut panjang tetapi tengah kepada dah mula botak!!! Alamak, betul jugak, kalau rambut nampak hebat bergaya ikal mayang mengurai pun tetapi jika botak tengah-tengah, tak sesuai sangat.... dah macam karektor pak lawak pula.......... mmmmmmmmmm

Atas nasihat dan pandangna dari kawan-kawan yang boleh dipercayai, mulai tahun 2006, saya bertekad untuk membotakkan terus kepala besar saya ni. Mula-mula tu takut gak, macamana muka ni akan jadi, handsome lagi ke aku (perasanlah pulak), tetapi saya nekad dan teruskan dengan misi pertama membotakkan kepala. Balik rumah rasa serba serbi tak kena, tetapi saya yakinkan diri, "being bald is the best thing that i ever done for my life"...

Memang tak rugi, dan keputusan berani yang saya buat ini memang memberi seribu makna dna perubahan kepada hidup saya. Dari berjanggut saja, kepada bergoatee hingga bermisai sahaja sekarang, saya selesa dengan imej botak ini.

Sesiapakan boleh mengemukakan teori atau telahan terhadap keguguran rambut, tetapi hakikatnya ia bergantung kepada aspek permakanan anda, jenis rambut dan cara penjagaan, jenis shampoo yang digunakan, kekerapan perawatan dan peratusan kecil melalui baka atau keturunan.

Imej botak bukan sebarangan orang sesuai dan bukan semua mampu untuk disesuaikan rupa paras, gaya, bentuk badan dan ketrampilan diri. Botak samada kerana keguguran, kerana bernazar, kerana keperluan atau tuntutan keadaan dan demi trend atau gaya semasa.

Thursday, June 19, 2008


Anak buah kesayangan aku, Eijal

Pak Lang rindu kamu....

DUNIA YANG KITA DIAMI

salam sejahtera kepada semua,

Hari ini berlalu seperti hari-hari yang pernah kita lalui. Kita mendiami dunia ciptaan Yang Maha Esa, bernafas dengan udara yang tidak kelihatan tetapi bisa dirasai.

Kehidupan yang berterusan, walaupun betapa kalutnya penghuni memperhambakan diri kepada tugas dunia dan tak kurang juga kepada tuhan.

Langit mendung tidak pernah lelah mengundang diri saban petang, memuntahkan titisan air demi kesinambungan hidup setiap mahkhluk di mukabumi ini

Setiap petang , kesesakan ibukota memenatkan minda dan mengamarahkan jiwa yang sudah tentu hilang kewarasannya dik beban hidup yang tiada noktah

Tapi janji diri pada dunia, untuk hidup demi masa depan dan demi kelangsungan fitrah tuntutan lahiriah kemanusiaan yang fana.

hidup.......... untuk bekalan, amalan untuk hari esok dan dipersembahkan untuk dihakimi di hari muka