suratan hati yang tersirat

Wajahmu Muncul Pada Maya Lihatku Ketika Tersentak Firasat Ingatanku Hanya Padamu, Maka Terkedu Nada Pada Irama Rinduku

Sunday, December 7, 2008

KORBAN KASIH DI MALAM RAYA KORBAN


Aku bisa sudah dapat menghidu kelainan itu
Aku sudah bisa dapat merasakan perubahan bila dingin mula menyelubungi kepanasan semalam

Alasan diberi, belum bersedia
tapi bila mahu bersedia? BILA...BILA????
kenapa diterima cinta bila diri belum pasti
tidak pernah dipaksa dalam segala hal, dan tidak pernah berkasar dalam tindak tanduk

Alasan ditaburkan, mahu memberi tumpuan kepada kerjaya dan keluarga yang ditinggalkan sekian lama
pernah aku menghalang semua itu?
malah aku menggalakkan lagi

Jika jarak juga alasan terpendam, kenapa sekarang baru terfikir,
kenapa diberi harapan jika hati tidak ikhlas
kenapa berjanji bulan dan bintang bila batu kelikir halus pun enggak bisa tercapai

Kamu bilang sayang, tetapi kamu masih belum benar-benar jatuh cinta alasan dimadahkan
tapi kenapa?.... buruk sangat ke perilaku ini
buruk sangat ke fizikal anugerah illahi ini
susah sangat ke mahu jatuh cinta pada insan yang tulus ikhlas mencintamu
berkorban apa saja demi untuk memastikan kasih ini berpanjangan
tapi apa aku dapat, cuma kaca ditikam pada setiap sudut hati ini

kenapa perlu mecuba bila janji sudah termeteri
kenapa mengirim kata cinta, janji palsu dan segala kata-kata indah bila semua itu hanya satu penipuan pada diri sendiri dan insan yang benar-benar mencintaimu

mudahnya berpisah takala cinta mekar berkembang
kenapa harus segala macam alasan dihaburkan sedangkan jalan penyelesaian bisa dilakukan jika hati benar-benar ikhlas... kenapa?

BUKAN AKU YANG MENCARI KAMU, HARUS DIINGAT KAU YANG MENCARI AKU
TETAPI BILA AKU TERIMA CINTA INI, KAU MUDAHNYA MEMBUANG AKU JAUH SETELAH KAU SENDIRI TAKUT DENGAN BAYANG-BAYANG KAMU SENDIRI, ALASAN DEMI ALASAN BILA HANYA KEBENARAN AKAN TERBUKTI.......... TIDAK LAMA LAGI..AKU PASTI

AKU TIDAK REDHA..TETAPI AKU TERPAKSA REDHA
BUAT MASA SEKARANG CINTAKU HANYA PADA ALLAH YANG MAHA ESA
CINTA ABADI..CINTA SEJATI..TULUS & IKHLAS....... SEINCI PUN TIADA KERAGUAN, KEPALSUAN & PEMBOHONGAN

Saturday, December 6, 2008

SALAM AIDIL ADHA


Asallamua'laikum

Panggilan haji, telah tiba lagi
Menunai ibadah panggilah Baitullah

Hari Raya Haji, Hari Raya Korban, Aidil Adha, Idul Adha, Haj Mubarak dan macam-macam lagi panggilan untuk menyambut ketibaan Zulhijjah, tanda bulan untuk menunai rukun Islam kelima dengan penuh kesabaran, ketaqwaan dan kekusyukan

Selamat menyambut aidil adha, dan selamat melakukan ibadah korban. selamat berlebaran dan juga selamat bergembira dengan hali keluarga dan sedara mara.

Korban terbaik dalam diri manusia adalah bila satu kehidupan tu amat sukar untuk ditempuhi tetapi pengakhiran yang penuh kecerian, kebahgian dan kemenangan yang membawa kepada muhasabah diri dan perubahan diri ke arah lebih positif dan dinamik

doakan kesejahteraan dan kesihatan yang baik kepada para bakal Haji dan hajjah serta memperolehi haji mabrur dan dapat pulang ke tanahair dengan penuh keimanan dan membuka buku kehidupan baru bak kain putih yang amat kudus sesuci embun pagi

INSYAALLAH...............