suratan hati yang tersirat

Wajahmu Muncul Pada Maya Lihatku Ketika Tersentak Firasat Ingatanku Hanya Padamu, Maka Terkedu Nada Pada Irama Rinduku

Monday, February 16, 2009

COMING SOON: SLOT LAGENDA TV3 & TV9


AKAN DIUDARA BERMULA 7 APRIL 2009. JANGAN LUPA MENONTON DRAMA TERBARU HASIL NUKILAN ROHIZAN@JAI.

PENGAMBARAN SEDANG SIBUK DIJALANKAN DI SEKITAR CYBERJAYA, SHAH ALAM DAN GOMBAK.

SEBUAH LAGI KISAH PERTEMBUNGAN ANTARA KAREKTOR MERAH & PUTIH KEHIDUPAN MANUSIA. SELALUNYA KAREKTOR YANG SERING DIKETENGAHKAN PADA KAUM HAWA, TETAPI DRAMA MERAH PUTEH INI BERPAKSI PADA KELAINAN KAREKTOR LELAKI YANG LEBIH KEPADA MENYINGKAP DI SEBALIK RAHASIA LELAKI DAN PERJALANAN HIDUP DALAM MENEMPUHI PANCAROBA KEHIDUPAN.

TERAJU UTAMA WAN ELYAS SEBAGAI PUTEH, ZAHIRIL ADZIM SEBAGAI MERAH, DIRA ABU ZAHA SEBAGAI ANGGUN DAN RAMAI LAGI.

SATU LAGI DRAMA TERBITAN RADIUS ONE DAN DIARAH OLEH SAUDARA ISMA YUSOOF

TONTONILAH SATU TRANKSASI WATAK REALITI KEHIDUPAN BERASASKAN KEPADA CERITA LAMA YANG DIOLAH DALAM MEMENUHI KEHENDAK SEMASA PENCERITAAN TERKINI

JANGAN LUPA DAN SELAMAT MENONTON

SATE KAJANG




AHAD, 15 FEBRUARI 2009

Saja.... dah lama tak makan sate kajang

So, bila housemate ajak makan sate Kajang pasal dia bercadang nak belanja makan kerna dapat projek skrip filem. tajuk filem tu akan diberitahu kemudian

bertolak lepas isyak bersama sorang lagi housemate, jiran sebelah rumah dengan aweknya (?). bila sampai sana check-check dulu kajang downtown melihat barang-barang kebanyakan barang imitation, tetapi masyaAllah mahal gila mcm barang orginal lak

melahap sate macam tak pernah jumpa sate. kami ordered sate ayam, daging, kambing, paru dan perut. Bestnya sate kambing...pulun sakan sampai tak perasan habis cepat. tambahan yang lain tak suka kambing dengan macam-macam alasan, apa lagi sate kambing menjadi habuan yang siapa pun sentuh. sate paru dan perut pun not bada gak... but i truly enjoyed sate kambing..love the taste, and love the aroma.........

Sedar tak sedar, banyak juga dibalun sate tu, dan yang paling banyak lebih lidi cucuk sate atas meja, ..MALUNYA...aku yang paling banyak lantak.... betul-betul tak sedar diri...

masa bangun nak balik, terasa kenyang gila dan berat perut, so terpaksalah berjalan dengan mengemiskan perut, tapi malangnya tak dapat tarik nafas, pasal perut dah penuh gila..terkengkang-kengkang jalan dengan perut penuh..tetapi gembira kerana dapat makan sate Kajang setelah agak lama kempunan

SATE KAJANG..... AKAN KU SERANG MU LAGI..HEHEHEHEE