suratan hati yang tersirat

Wajahmu Muncul Pada Maya Lihatku Ketika Tersentak Firasat Ingatanku Hanya Padamu, Maka Terkedu Nada Pada Irama Rinduku

Sunday, May 24, 2009

BILA AKU TAK PERNAH SERIK


AKU KENAL SATU INSAN YANG BAGI AKU PERKARA BIASA SEPERTIMANA AKU MENGENALI INSAN-INSAN LAIN YANG INGIN BERKENALAN DENGAN AKU DAN BILAMANA JUGA AKU INGIN MENGENALI INSAN-INSAN YANG LAIN

TETAPI HARUS DIINGAT BUKAN AKU MENCARI INSAN INI, TETAPI PENGENALAN BERMULA DARI INSAN TERSEBUT INGIN MENGENALI DENGAN LEBIH MENDALAM

SELAMA LIMABELAS HARI KAMI TELAH MENGENAL SATU SAMA LAIN, TETAPI AKU BERSYUKUR NASIB BAIK KAMI BELUM BERKESEMPATAN BERTEMU ATAS FAKTOR JARAK DAN MASA. AKU MULA-MULA WAS-WAS UNTUK MENERIMA SATU "PERASAAN" BERGELAR KASIH KERANA AKU SERIK MENADAH KASIH PADA YANG MUDA... TETAPI AKU TEWAS KERANA KARAKTOR AKU YANG MUDAH CAIR DAN JATUH CINTA. SEGALA UCAPAN TELAH DIPERSEMBAHKAN, SEGALA JANJI TELAH DIBUAT DAN SEGALA PERANCANGAN TELAH DIATUR

MALANGNYA PADA TARIKH 20HB MAY, TETIBA AKU MENAJDI SATU SEMULA, SEGALANYA TETIBA SEPI TANPA BERITA, SEGALA PESAN DAN SERUAN TIDAK DIENDAHKAN, DIBIARKAN AKU TERKAPAI-KAPAI TANPA BERITA.

TUHAN SAHAJA MENGETAHUI BETAPA KALUT, RESAH DAN RISAUNYA AKU BILA TIKA AKU TAK DAPAT BERHUBUNG, ADAKAH INSAN TERSAYANG AKU DITIMPAK KECELAKAAN

RUPANYA KECELAKAAN DAN PENGHINAAN SECARA HARUS TERTAMPAR DI MUKA INI, MENIKAM KE DALAM SETIPA URAT JANTUNG DAN NADI AKU YANG MASIH TERUS BERDENYUT..

AKU TERUS MENCARI JAWABAN DI ATAS KESEPIAN ITU, AKHIRNYA ALLAH MAHA BERKUASA, DARI SEGI LOGIKNYA BILA AKU MELIHAT PADA TAGS YANG DIHAMBURKAN PADA INSAN LAIN.. AKU FAHAM SIAPA AKU SEKARANG PADA DIRI INSAN ITU. INSAN BARU (ATAU LAMA) DALAM HIDUP DIA TELAH MENGKAU BAHAWA MEREKA ADALAH KEKASIH.... MAKA BERAKHIRNYA PENCARIAN AKU..

AKU REDHA KERANA BARU 15 HARI, AKU SEDIH KERANA NILAI KASIH ITU TERLALU TIDAK BERHARGA DAN TIADA NILAI...

INILAH ALASAN SEORANG INSAN YANG MEMBUANG AKU ............ AKU SERAHKAN KEPADA KEBIJAKSANAAN SEMUA UNTUK MENILAI

Dia: salam...

Dia: maaf dipinta atas segalanya...bukan niat dihati untuk mempermainkan abg...

Dia: dan sebenarnya saya xsanggup nak beritahu perkara ini pada abg kerana saya tak sanggup nak mghancurkan hati abg...

Dia: hati abg terlalu bersih bagi saya dan saya terlalu berat nak beritahu perkara ni..

Dia: maafkan saya atas segalanya..

Dia: abg terlalu baik pada saya dan kadang2 saya rasa sesuaikah saya dengan insan yang terlalu sempurna macam abg...

Dia: saya akan ingat segala2nya...dan biarkanlah ia menjadi memori yg indah buat saya kerana pernah bersama insan yang sangat baik pada saya...

AKU DITINGGLKAN KERANA TERLALU BAIK?

MANA ADA INSAN SEMPURNA KECUALI ALLAH SWT KERANA KESEMPURNAAN MILIK TUHAN

BILA ALASAN DIBERI SEKADAR UNTUK MEMBERI ALASAN, TETAPI HAKIKATNYA BILA MATA TELAHTERPAKU PADA "KECANTIKAN" LAIN, MAKA LAHIRLAH PEPATAH MELAYU "GANGSA DI TANGAN DIBUANG JAUH, TAKALA BERTEMU EMAS DI MATA TAPI TIDAK DIPASTIKAN KETULENANNYA"

SETIAP APA KEBURUKAN DAN PENGANIAYAAN YANG KITA PERSEMBAHAN PADA ORANG YANG BENAR-BENAR IKHLAS, AKAN MENERIMA BALASAN YANG SAMA... SEBAB ITU JANJI TUHAN TERHADAP MEREKA-MEREKA YANG TERANIAYA

MUNGKIN BUKAN HARI INI, MUNGKIN BUKAN TERHADAP DIRI SENDIRI, BALASAN BISA DATANG DALAM BERBAGAI BENTUK, CARA DAN TAHAP BALASANNYA

MEMANG BILA AKU TAK PERNAH SERIK... KERNA AKU TIDAK DAPAT MEMBACA HATI ORANG DAN APA YANG TERBUKU DI HATINYA.....

Thursday, May 7, 2009

SELAMAT HARI IBU


Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku.... mak
Bila lapar, yang suapkan aku.... mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... Mak
Bila bangun tidur, aku cari.... mak
Bila nangis, orang pertama yang datang .... mak
Bila nak bermanja, aku dekati.... mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak
Bila nakal, yang memarahi aku.... mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma.... mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... mak
Bila takut, yang tenangkan aku.... mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... mak
Aku selalu teringatkan .... mak
Bila sedih, aku mesti talipon.... mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu..... mak
Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah.... mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu.... mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku.... mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk..... mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... mak
Yang selalu berleter kat aku... mak
Yang selalu puji aku.... mak
Yang selalu nasihat aku.... mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..... mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....
Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari.... mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada.... mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat.... emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.... mak

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak? mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau mak sudah tiada..... .....
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.