suratan hati yang tersirat

Wajahmu Muncul Pada Maya Lihatku Ketika Tersentak Firasat Ingatanku Hanya Padamu, Maka Terkedu Nada Pada Irama Rinduku

Tuesday, September 9, 2008

SUTUN KEMBALI LAGI


Untuk semua peminat Sutun Kembali Lagi,
jangan lupa menonton siri komedi ini akan ke udara mulai 11 Septmeber 2008, pada jam 7.30 malam hanya di saluran 9

skrip Sutun kembali Lagi the series ini ditulis oleh housemate saya. Sama-smaalah kita memberi memberi sokongan dengan terus menonton rancangan menarik ini.

SYNOPSIS:

Drama komedi yang akan disiarkan pada hari Isnin hingga Khamis, jam 7.30 malam ini mengisahkan bagaimana Adek, seorang lelaki lembut yang selalu disalahertikan akhirnya berjaya membangunkan kampungnya serta mengharumkan daerah Muar dengan kesungguhannya menyeru seruan kerajaan agar kaum Bumiputera terlibat dalam sektor industri berasaskan tani. Untuk mengetahui kesudahan Sutun Kembali Lagi, pastikan anda saksinya setiap Isnin hingga Khamis jam 7.30 malam menerusi slot Mahsuri.
Watak Fitri lakonan Isma Yusoof tidak lagi macam dulu. Masih dengan watak remaja Kelantan, Isma rasanya tidak punya masalah dari segi menghafal dialog kerana Isma sendiri adalah Kelantanese…
Kalau dulu, Fitri tidak pandai bergaul dengan orang, tak bercakap, pendiam, suka menyendiri, pendek kata… kalau musim Sutun 1 dan 2, Fitri ni punya watak lelaki lembut yang tidak dapat menerima hakikat diri sendiri, tetapi untuk Sutun The Series, watak Fitri telah dikembangkan menjadi lebih yakin dan dapat menerima hakikat dirinya sebagai lelaki lembut. Malah, Fitri banyak memberi nasihat kepada Adek. Namun, yang menjadi konfliknya ialah Fitri terpaksa coverline dengan ibu bapanya yang alim dan very the Islamik one.
90% pengambaran drama 26 episod ini telah dibuat di Muar dan selebihnya di Kuala Lumpur pada bulan Julai 2008. Menurut Isma Yusoof, dalam drama bersiri ini, Isma pertama kali digandingkan dengan seorang pelakon yang begitu dikaguminya, Bell Ngasri. Salah satu filem Bell Ngasri yang seronok ditonton hingga kini ialah Kaki Bakar. Tidak syak lagi dari situ, Isma begitu berinspirasi dengan lakonan Bell Ngasri.
Bell Ngasri pegang watak antagonis yang buat kacau bernama Shamsul. Kira dia ni samseng la. Dia ni anti dengan budak-budak lembut. Tapi jahat-jahat dia, ada la buat lawak. Kelakar giler!
Pelakon utama drama ini iaitu Ku Mohd Yusri Pak Leh juga tampak matang dalam drama ini. Berusia 24 tahun, Ku Yusri kini sedang mengajar di Akademi Seni Kebangsaan dan dalam pada masa yang sama menuntut di Universiti Malaysa dalam Master Seni Persembahan.
Selain Ku Yusri dan Isma Yusoof, drama terbitan Radiusone Sdn Bhd ini dilakonkan oleh Megat Shahrizal, Wan Sharmila, Riz Amin dan dibantu oleh Kazaa, Aishah Atan, Ngasrizal Ngasri dan Ku Fridah


segala komen dan pendapat anda mengenai siri Sutun Kembali Lagi boleh disalurkan di blog ini

terima kasih kerana menonton.

Enjoy the show!

Sunday, August 31, 2008

MERDEKA....PUASA DAN APA SETERUSNYA?





SALAM KEMERDEKAAN KEPADA SELURUH WARGA MALAYSIA....... TANGGAL 31 OGOS 2008, GENAP 51 TAHUN MALAYSIA MERDEKA

WALAU BERBAGAI ONAK DAN DURI SERTA KEPINCANGAN YANG BERLAKU DI TANAHAIR KITA SEKARANG, TAPI JANGAN DILUPA BAHAWA KEDAULATAN NEGARA KITA SERTA KETUANAN KITA JANGAN SESEKALI DIPERJUDIKAN ATAS NAMA KEBEBASAN BERSUARA DAN MENEGAK HAK-HAK YANG BERBAU PERKAUMAN, PERIBADI SERTA ATAS RASA AMARAH MELAMPAU HINGGA BERGADUH SESAMA BANGSA. BANGSA LAIN HANYA BISA TERSENYUM DAN MENEPUK TANGAN KERANA TIDAK LAMA LAGI, SEJARAH AKAN BERULANG BILA SEBUAH NEGARA REPUBLIK BARU YANG DITERAJUI OLEH BUKAN PENDUDUK ASAL PERIBUMI TANAH MELAYU......... KISAH TEMASIK AKAN KEMBALI BERULANG

RAMADHAN AL MUBARAK KEMBALI LAGI ... BEGITU RINDU SEKALI PENGHULU SEGALA BULAN INI, BETAPA TIDAK SABAR LAGI UNTUK MENUNAI RUKUN KETIGA ISLAM INI. BEGITU INDAH DAN BANYAK HIKMAH SERTA RAHMAT DIJANJIKAN PADA BULAN YANG MULIA INI KEPADA HAMBANYA. INSYALLAH, DENGAN SEMANGAT DAN IMAN YANG MASIH KUKUH BERPEGANG PADA TALI ALLAH, SEMOGA IBADAH PUASA DAPAT DILAKSANAKAN DENGAN PENUH KEYAKINAN, KEIMANAN, KESABARAN DAN KETAQWAAN DEMI UNTUK MENJADI YANG TERBAIK DARI SEGI ROHANI DAN JASMANI

RAMADHAN AL MUBARAK.... TERIMA KASIH KERANA KEMBALI LAGI MENJENGUK KAMI YANG FANA INI.

Friday, August 29, 2008

PERJALANAN PENUH BERMAKNA


melangkah kaki ke utara semenanjung demi untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pekerja. enam hari hari di sana, berhempas pulas cuba menyiapkan kerja sebelum segalanya bermula satu lagi mercu tanda baru di utara Semenanjung ini.

aku cuma menghitung hari untuk berjumpa dengan insan yang sudah lama aku kenali tetapi sehingga tarikh 23 August, aku belum berkesempatan berjumpa dengan si dia di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

hati berdebar menunggu si dia, setiap saat yang berlalu, penantian itu satu seksaan, umpama berjam lama menanti dengan degupan jantung semakin kencang. berbagai kalut dan prasangka mula bermain di dalam fikiran. Boleh dia menerima diri ini seadanya? adakah dia terlalu memilih, dapatkah aku menjadi seperti yang dimahukan oleh si dia? macam-macam perkara berlegar di minda ini dan semakin kencang degup jantung ini.

akhirnya muncullah kereta seperti yang digambarkan oleh si dia, dan segalanya bermula di situ. malam itu sungguh indah sekali, pertemuan pertama tetapi telah membawa kepada berputiknya ikatan kasih yang sehingga hari ini semakin mekar berkembang..............

23 August 2008, aku takkan melupakn tarikh keramat ini, terlalu indah untuk aku gambarkan, terlalu nilai tingginya.

Baby kamu terlalu istimewa untuk Baba, sudah lama Baba meminatimu dan cuba mengintai untuk mencuri hatimu, tapi Baba pasrah pada kenyataan bahawa hati Baby hanya mampu dimiliki jika hanya ada pertemuan bukan secara luahan kasih tidak berpijak di bumi nyata.

tapi malam tanggal 23 August 2008, Baba telah luahkan segalanya, Baba buktikan kasih tulus ikhlas Baba dan juga kita telah memeterai janji kasih. Demi kasih sayang Baba kepada Baby, tidak ada apa yang mustahil sekarang, cuma yang perlu adalah atas nama kesetiaan, keikhlasan, kefahaman, rasa hormat satu sama lain, tolak ansur dan kepercayaan yang tiada kesangsian.

Baby sayang, jarak bukan pemisah, jika kasih tulus kita disemai dengan penuh keikhlasan serta rasa kasih begitu mendalam dan jujur, maka tersemat indahlah serta kukuh kasih itu hingga ke hujung hayat.

You are everything to me, i will never stop loving you, you are always in my mind, i WILL never stop thinking of you, you are always in my heart, my love to you is getting deeper and deeper, you are my heart and my soul, I LOVE YOU SO MUCH

MY BABY,YOU ARE THE REASON I COULD FLY
AND THE REASON FOR ME TO BELIEVE IN LOVE AGAIN

Wednesday, July 30, 2008

ILHAM DIMATAMU ........... MILA


Hayatilah 3 baris pertama lagu ini yang benar-benar telah menjentik sudut  perasaan yang aku alami sekarang............ 

Di waktu rindu, ku mengemis secebis ehsan
Airmataku yang bergenang, kau biar jatuh
Berlinangan, tanpa kau coba mengucupku

Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari
terbiar terkapai-kapai tanpa jawaban dan sebab musabab

........... dunia dan kehidupan tidak pernah kejam
tetapi kedua-duanya menjadi kejam di atas perbuatan manusia itu sendiri

Ku persembahkan, tetapi diterajang jatuh tersungkur menyembah bumi
Apa dicari, entah apa yang kurang....... perlu apa lagi diunjurkan
Cuma, manusia itu hitam bila cahaya keputihan menyilau minda dan jiwa mereka
Lantas gagahi mencoraknya agar diwarnai dengan berbagai ragam
menjurus kepada keputusan celaru tanpa asas ........ tapi diam membisu tidak bernoktah

Kenapa.............






Saturday, July 19, 2008

hikmah pada setiap kejadian


Narz anakku,

Apa yang berlaku, anggaplah sebagai satu dugaan dan cabaran dalam menempuhi kehidupan di dunia ciptaan Illahi ini.

Walid tahu anak walid kuat dan tabah menghadapi segala onak dan duri.  Jangan bimbang, walid sentiasa di sisi Narz untuk menghadapi dugaan ini.  Narz mungkin masih mampu tersenyum dan kelihatan seperti tiada apa-apa yang berlaku, namun jauh di sudut hati Narz, airmata tetap mengalir lesu di dalam luka hati yang mula mengalir darah merah citra kasih Narz.

Banyak hikmah disebalik kejadian itu.  Apa saja keputusan yang diambil oleh SIDIA terhadap kasih suci Narz, terimalah dengan redha.  Tidak salah untuk Narz berduka dan bersedih lantaran kasih tak kesampaian, tapi hidup harus diteruskan.  Masih ramai lagi di luar sana untuk Narz berkongsi kasih semula.

Walid hanya mahu anak walid kembali senyum seperti dulu dan ceria seperti adanya.  Jangkauilah hidup dengan megah atas nama budi bahasa dan peribadi yang mulia.  Tumpukan kepada pelajaran yang akan membantu masa depan Narz.  Jadilah anak walid yang walid bisa banggakan dengan megah.

Ingat Narz, walau apapun yang terjadi, walid sentiasa di sisi Narz untuk memberi perangsang, memberi nasihat, membakar semangat, memberi tunjuk ajar sekadar termampu serta membantu Narz dalam menghadapi episod-episod kehidupan yang lebih mencabar di masa hadapan.

You are always my son, and Walid is always there for you!

Saturday, July 5, 2008

MELAYU........ SEMAKIN LAYU

                                                             
           

Berbicara perihal orang Melayu, tak pernah sunyi dari kontroversi, tak pernah lekang dengan persengketaan, tak pernah diam dari berbagai isu.  Aduh!.. sedihnya bangsa Melayu sekarang semakin jauh terpesong dari adab sebenar peradaban Melayu, semakin mundur ke belakang menjadi bangsa yang lupa diri dan juga semakin gah di mata dunia bukan kerana percapaian tetapi kerana perbalahan sesama bangsa yang seakan tiada penghujungnya.

Bangsa Melayu, akan tergadailah bumi Malaysia ini semula seumpama tergadainya Temasik kepada bangsa pendatang, yang akhirnya akan mengemis di bumi sendiri.

Gah ingin memiliki kekayaan dunia dengan menindas bangsa sendiri

Megah dengan status dunia sehingga membelakangi agama dan adab  kesopanan Melayu yang tersohor

Biar papa asalkan bergaya

Berkecampuk minda dan emosi generasi muda lantas bertuhankan wang ringgit, bangga menjadi artis pujaan, punk, bohsia, berlumba-lumba mengejar impian menjadi kaya, walaupun terpaksa mengadai maruah, harga diri dan menabur racun pada setiap nada perjalanan menuju 2020!

PHD (Perasaan Hasad Dengki) sememangnya sudah sebati sebagai satu karektor orang Melayu, tak akan senang melihat bangsa sendiri bangun untuk berjuang atau berdiri megah seiring dengan bangsa lain di bumi Hang Tuah ini.  Sedih, bangsa Melayu asyik tikam menikam bangsa sendiri, dan jatuh tersungkur di bumi sendiri.

Politik, terlalu amat kotor malah menanah hingga sukar untuk diubati lagi. Dek kerana politik kotor bangsa kita sendiri, sudah ternyata maka akan hancurlah bangsa Melayu ni..... Kenapa harus Melayu bersengketa kerana agama, kerana kedudukan dan kerana fahaman parti yang berbeza?  kenapa Melayu tidak bisa duduk bersama mencari jalan untuk menyelamatkan bangsa Melayu yang semakin menuju kehancuran

Sultan Mahmud mangkat dijulang, Pembunuhan Hang Nadim, dan banyak lagi sejarah awal sudah membuktikan kejelekan bangsa Melayu yang penuh dengan PHD, tomahan, kejalangan sikap, kerakusan nafsu serta kepincangan politik bersistem.

Bangsa Melayu itu sendiri sudah jauh ketinggalan. Di mana bangsa Melayu dalam sektor swasta, dan cuba hitungkan berapa peratus mampu menjawat jawatan-jawatan utama dan berapa ramai yang mampu berkomunikasi di dalam bahasa asing selain dari Bahasa Melayu itu sendiri.  Terduka melihat Melayu begitu gah merempit, berseks rambang dan menyibukkan diri dengan rutin harian melepak di KLCC, kelab-kelab ternama serta tak ketinggalan Mid-valley.  

Takkan Melayu hilang di dunia! ya memang betul bidalan itu, tapi Tak Melayu Hilang Di Dunia kerana bangsa Melayu itu sendiri yang meninggalkan kesan dan penglipura hitam dan kotor yang akan menjadi bahan ketawa, bahan cerita dan bahan rujukan sejarah untuk iktibar kepada bangsa lain!

Masih belum terlambat wahai bangsa Melayu, tetapi mampukah Melayu bangun semula untuk mengubati nanah-nanah busuk yang mula mengalirkan lendirnya pada seluruh pelusok bumi Malaysia?

Mampukah kamu bangsa Melayu?