suratan hati yang tersirat

Wajahmu Muncul Pada Maya Lihatku Ketika Tersentak Firasat Ingatanku Hanya Padamu, Maka Terkedu Nada Pada Irama Rinduku

Sunday, March 14, 2010




BOKTO ENAM: VANDALISMA REMAJA HARI INI

Ini satu lagi budaya anak-anak muda sekarang. Apa agaknya rasanya kalau kita conteng-contengkan badan dia orang macamana mereka conteng-contengkan dalam bas ni. Susahlah nak cakap pasal remaja sekarang, nak kata tak bersekolah, tapi bersekolah cuma ada otak tapi tak pakai langsung. Bas lawa-lawa dan bersih dah jadi tak sedap mata memandang dan menyakitkan hati dan mata sahaja.

Kalau dibiarkan, bermaharajalela, tetapi kalau ditegur macam mencurah air ke daun keladi. Budak-budak sekarang ni lagi dilarang, lagi dibuat... salah siapa?

Lu fikirlah sendiri!


BOKTO LIMA: SAMPAH OH SAMPAH LAGI... DAN LAGI

Dalam lift pun main suka mak bapak mereka buang sampah merata-rata. kalau dah memang orang Malaysia, membuang sampah merupakan satu budaya yang dibanggakan dan diwarisi generasi ke generasi.

Tak tahu nak kata apa dah...

Saturday, January 23, 2010



BOKTO EMPAT: BANGANG KE APA NI?

Ini satu lagi pandangan biasa di dalam mana-mana tren LRT di Kuala Lumpur. Nak kata tak bersekolah, tapi sah-sah pernah besekolah. Ala kalau tak sekolah sekali pun, benda macam ni adalah "common sense" bagi kita manusia. Dah sah-sah tiang tengah-tengah tu untuk para penumpang memegang. Tapi sebaliknya ramai yang suka berpelukan atau menyandar kat tiang tu. Kalau tak ramai penumpang tu bolehlah juga kita terima pakai walaupun pada dasarnya tetap tak beretika. Masalahnya,penumpang punyalah ramai tapi dengan begitu bersahaja tanpa rasa bersalah serta amatlah mementingkan diri, selamba babi tonyok saja memeluk erat atau bersandar pada tiang tersebut. Para penumpang lain kekadang rasa bersalah, nak terus pegang bila terkena tubuh kata gangguan seksual lak! Tambahan pulak orang Malaysia ni benda-benda yang berkaitan hak mereka tak reti nak bersuara, tetapi benda-benda yang tak berfaedah tu dengan cepat bertindakbalas.

Ada juga kekadang sengaja letak tangan kat tiang tu dengan harapan penumpang bangang yang bersandar kat tiang tersebut akan rasa bersalah dan tak sandar lagi, tetapi yang bodoh tahap bingung siap jeling kita balik dengan ekpresi muka marah lagi! kononya kita tersentuh lemak2 babi tonyok kat badan dia tu ke? tolonglah! kalau badan macam gajah pra sejarah tu, orang buta pun muntah darah tau!

Oleh itu pada mana-mana penumpang bangang tahap sengal lagi bingung, TIANG kat tengah-tengah tu untuk dipegang BUKAN untuk disandar atau dipeluk.. ada faham?



BOKTO TIGA: SAMPAH OH SAMPAH!

Malas nak cakap dah!. Bila membuang sampah menjadi budaya hidup orang Malaysia, beginilah rupanya. Walaupun tempat peranginan tepi laut macam ni pun orang sesuka hati mak bapak dia orang buang sampah. Sayang Teluk Batik begitu indah sekali, malangnya sampah sarap bermaharajalela dibuang sana sini. Sampah sarap ini mencacatkan lagi pandangan indah di Teluk Batik ini. Sedih sangat-sangat. Bila minda orang Malaysia ini tak buka sikit pun pasal kebersihan.. sedih........ sedih

Penguatkuasaan pun lemah. Alasan basi, tak cukup kakitangan. Kalau dah makan suap rajin pulak, tapi bila kerja, semua makan gaji buta....