Monday, September 22, 2008
SALAM LEBARAN SYAWAL 1429
Salam Lebaran Aidil fitri
Tinggal beberapa hari lagi Ramadhan akan meninggalkan kita, bagaimanapun Syawal akan menjelang tiba meraikan kemenangan dalam menghadapi ujian diri dan daya ketahahan jasmani dan rohani sepanjang Ramadhan ini.
Semakin sibuk segala aktiviti menjelang Syawal ini, berbagai perancangan perlu dilakukan dari persediaan untuk hari lebaran, kesibukan merancang hari-hari cuti hari lebaran, apa yang perlu didahului dan apa yang perlu diutamakan.
28, 29 & 30 SEPTEMBER 2008
3 hari sebelum lebaran, aku perlu bertugas di Bukit Tinggi Klang. Perancangan yang munasabah bersesuaian dengan kesuntukan masa dan situasi yang tak dapat dielakkan berdasarkan polisi syarikat terpaksa dipatuhi dengan hati yang berat. Cuma lima hari cuti sahaja dibenarkan tak kira dicampur dengan hujung minggu, cuti umum atau cuti tahunan. Keesokkannya terus beraya di rumah kakak di Sijangkang bersama Umi tercinta, serta anak-anak buah dan ahli keluarga yang lain
1 OCTOBER 2008
Aidil Fitri bersama keluarga, sembahyang sunat Aidil Fitri, makan ketupat pulut utara bersama rendang daging (perghhhhhhhhhhhh miss it so much), kuih muih yang Lain serta menu utama setiap tahun nasi tomata bersama ayam masak merah, daging masak kicap lada hitam, kacang panjang goreng dan ayam goreng berempah!!! lewat petang, akan balik semula ke Cheras bersama my brother!
2 OCTOBER 2008
Beraya keseorangan di pangsapuri bertemankan sunyi, TV dan kuih muih yang dibawa balik dari rumah kakak. Yang pasti ketupat pulut tetap bawa balik...kena menjamah terus sebelum basi. Menanti penuh debar hari raya ketiga.......... kerana...
3 & 4 OCTOBER 2008
Berangkat pulang ke Kedah Darulaman setelah hampir 3 tahun tidak pulang ke kampung halaman sejak Umi tercinta tinggal bersama kakak di Sijangkang. Tumpang rakan tempat kerja yang kampung halamannya adalah pekan Gurun. terpaksa turun di Gurun dan tunggu Baby untuk meneruskan perjalanan pulang ke bandaraya Alor Star. Tapi kepulangan ini yang pasti cuma 2 tujuan utama; menemui Baby tersayang yang dirindui sekian lama serta melawat makcik-makcik yang telah lama tidak diziarahi serta sepupu-sepupu yang entah apa khabar mereka semua. Perancangan sudah dibuat bersama Baby untuk melaksanakan semua seperti yang dirancang, tetapi ALLAH SWT juga yang menentukan semuanya, kita hanya mampu merancang.
5 OCTOBER 2008
berangkat pulang di pagi ahad ini pada hari raya ke lima juga menumpang rakan chatter yang menunggu di Kepala Batas, Pulau Pinang pada sebelah pagi sebelum jam 11 pagi seperti yang dirancangkan. perlu bergerak awal untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas yang dijangka akan berlaku kerana ramai yang akan mula berkerja semula pada keesokkan harinya.
itulah perancangan awal seperti yang dirancangkan, seperti yang dimaklumkan tadi, semua tadi hanya sekadar perancangan untuk memudahkan aktiviti pada lebaran ini, tetapi semua masih tertakluk pada perubahan semasa dan ketentuan ALLAH SWT
SALAM AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
selamat hari raya adilifitri bro
maaf zahir dan batin
have a safe journey home to kedah
hmmm surely yo baby r so excited to meet u up...meow..
take care n may the force be with u
Post a Comment