Friday, January 2, 2009
INDAHNYA SENI REKABENTUK LAMA
terpegun, terkesima dan terharu........ perasaan yang bercampur baur dengan seni rekabentuk bangunan lama Keretapi Tanah Melayu. keindahan rekabentuk yang begitu menawan, "breath-taking" dan tak jemu mata memandang
Bermalam di Heritage Station Hotel dan bila saja melangkah masuk ke dalamnya, terasa agak seram sejuk dengan suasana suram dan agak kelam di bahagian resepsi lobi hotel. Tetapi semua hilang ditelan dek keindahan yang tak dapat digambarkan oleh minda akan rekabentuk dalaman hotel tersebut semasa melangkah kaki ke tingkat dua untuk ke bilik yang telah ditempah.
Konsep tangga, Lift zaman dolo-dolo, frame-frame yang dipenuhi dengan gambar-gambar lama yang menawan kalbu dan kombinasi warna-warna kayu dan pastel yang menampakkan satu tema retro yang boleh diabdikan sepanjang zaman. Tiada yang dapat digambarkan hanya dengan kata-kata, hanya setiap inci pemandangan sentiasa terpahat diminda dan hati ini
Tak dtelan dek zaman, tak terusik makna dan kelangsungan sejarah yang bisa dinikmati sesiapa sahaja generasi ke generasi. Bangga, terharu dan gembira kerna masih ada mengekalkan keindahan kesenian rekabentuk lama walaupun sudah banyak yang mulai lupa akan seni lama ni.
Aku akan kembali ke sana.......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment