Friday, September 16, 2011
DEBORAH, RATU HATI KAMI SELAMANYA
Apabila Ms. Deborah Priya Henry sekali lagi mewakili Malaysia di pertandingan ratu cantik Ms. Universe di Sao Paolo Brazil, semua mata terbuka dan hampir seluruh peramal kedudukan meletakkan beliau di antara "TOP 15", 'TOP 10" dan malahan "TOP 5"
Ini merupakan satu fenomena baru pada mana-mana wakil pertandingan ratu cantik yang pernah disertai oleh Malaysia. Deborah telah membanggakan Malaysia pada tahun 2009 dengan tersenarai Top 16 semasa pertandingan Ms. World sebelum itu.
Malahan banyak blog-blog dan peminat-peminat fanatik pertandingan ratu cantik mengakui kehebatan beliau dan diramal menjadi salah sorang pesaing terhebat pada pertandingan Ms. Universe tahun ini.
Globalbeauties.com pada awal bulan telah mengisytiharkan Deborah sebagai Ms. Global Universe dengan kutipan markah tertinggi, diikuti wakil dari France, Greece & Filipina. Samcey Supsup wakil Filipina dikatakkan persaing utama Malaysia dari Asia. Kedudukan tertinggi ini berdasarkan setelah pertandingan peringkat awal melalui temuramah, pakaian mandi, pakaian kebangsaan dan pakaian malam. Deborah menjadi sebutan ramai, beliau sering diambil gambar oleh para media dan jurugambar-jurugambar yang berada di sana. Ramai yang mengagumi kejeitaannya, keramahannya, kebijksanaannya dan kewibawaannya. Semua peramal, peminat dan orangramai tidak sabar untuk melihat Deborah berada pada kedudukan terbaik, malahan ada yang meramalkan beliau akan menjadi Ms Universe 2011.
Salah seorang pengadil awal pertandingan, amat mengagumi Deborah kerana beliau berpendapat bahawa Deborah bukan sahaja cantik, malahan bijak kerana pernah menghasilakan satu dokumentari berkaitan pelarian UNICEF yan beliau anggapkan satu percapaian & kebolehan yang tinggi bagi seorang wakil ratu cantik.
Tetapi, APABILA WANG, KEDUDUKAN DAN KUASA MENGUASAI PERTANDINGAN YANG SEDIA TIDAK PERNAH ADIL INI, BILA KEDUDUKAN "TOP 16" TELAH DIUMUMKAN, SELURUH DUNIA TERKEJUT APABILA NAMA WAKIL MALAYSIA TIDAK DIUMUMKAN LANGSUNG!! KENAPA? DAN APA TELAH BERLAKU?
SEMUA RAKYAT MALAYSIA SERTA JUTAAN PEMINAT PERTANDINGAN RATU CANTIK INI TERTANYA-TANYA. BERBAGAI SPEKULASI MUNCUL KEESOKANNYA DAN ANTARANYA ADA YANG MENGATAKAN DEBORAH DISABOTAJ, DEBORAH SERING MEMBERI STATEMENT BERBAU PERKAUMAN DAN MACAM-MACAM LAGI.
HAKIKATNYA PANDANGAN KEBANYAKAN PEMINAT FANATIK PERTANDINGAN RATU CANTIK DI MALAYSIA ADALAH:
1. MALAYSIA TIDAK MENAWARKAN ATAU MELOBI SEPERTI WAKIL CHINA YANG MEMBAWA ROMBONGAN LOBI SERTA MENJANJIKAN PELUANG PERNIAGAAN BESAR KEPADA DONALD TRUMP.
2. DEBORAH DIKATAKAN BUKAN ANAK SEJATI MALAYSIA DAN BUKAN BERDARAH ORANG MALAYSIA
3. ADA PIHAK2 TERTENTU YANG MNGUNAKAN SENTIMEN PERKAUMAN MEMSABOTAJ DEBORAH PADA SAAT AKHIR KONONYA KESILAPAN KECIL DEBORAH YANG ASYIK MENCERITAKAN BAHAWA IBUBAPANYA BRITISH DAN INDIAN YANG MEMBERI IMPAK BERBAU PERKAUMAN.
4. MALAYSIA TIDAK MENAWARKAN ATAU MENYUMBANGKAN HADIAH-HADIAH UTAMA UNTUK PERTANDINGAN INI.
5. KONONNYA MALAYSIA TIDAK PERNAH MENANG, TAK TERKENAL DAN BELUM BERSEDIA UNTUK DIJADIKAN MS UNIVERSE DIBANDINGKAN DENGAN NEGARA-NEGARA HEBAT LAIN WALAUPUN MENGHANTAR WAKIL TERBAIK SETAKAT INI.
6. BIASALAH DONALD TRUMP MAHU HANYA SAMADA MINAH-MINAH LATINA ATAU SI RAMBUT PERANG UNTUK MENGUASAI 16 TEMPAT SEPARUH AKHIR! MS ANGOLA MENANG PUN MENJADI PERTIKAIAN WAKIL-WAKIL YANG LAIN KERANA MS. ANGOLA TAK BERCAMPUR DENGAN ORANG LAIN, SELALU BERPAKAIAN SELEKEH, TIDAK MENJADI PERHATIAN SANGAT DAN TIDAK BEGITU MENONJOL.
Apapun yang telah terjadi dan berbagai telahan dibuat, yang pasti DEBORAH PRIYA HENRY, kamu tetap ratu di hati kami dan hanya kamu yang terbaik pada pandangan kami seluruh warga Malaysia.
Deborah Henry, you're the real winner in our eyes!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment